Senin, 11 Agustus 2014

Presiden China Diberi Sambutan Negara


KUALA LUMPUR – Presiden China Xi Jinping yang melakukan lawatan rasmi sulungnya selama tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen, di sini Jumaat.

Ketibaan Xi dan isteri Peng Liyuan pada pukul 9.05 minit pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sejurus ketibaannya lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Xi kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 106 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Nur Fahmi Bassar.

Beliau kemudian diperkenalkan kepada jemaah menteri dan tetamu kehormat yang lain.

Xi yang tiba di sini semalam, dijadual menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China hari ini.

Beliau juga dijangka menghadiri jamuan negara yang dihos oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara malam ini. – BERNAMA

Foto: BH online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar