Rabu, 09 April 2014
Teknik Asas SEO Yang High Class
SEO adalah singkatan akronim iaitu Search Engine Optimization. SEO ini sangat penting kepada semua yang bergelar blogger. Ilmu SEO ini sangat penting untuk dipelajari dan fahaminya. Mungkin anda tertanya bagaimanakah ilmu SEO ini dapat digunakan atau diaplikasi dalam dunia blogger ini.
Untuk pengetahuan anda semakin kuat pengetahuan tentang SEO kita, maka semakin cerah peluang untuk kita dapat apa yang kita inginkan seperti visitor dan nilai pagerank. Trafik di blog anda juga semakin bertambah hari demi hari jika anda mengamalkan SEO.
Mungkin dalam kalangan anda juga berpendapat semakin tinggi pagerank, semakin tinggi posisi anda di Search Engine seperti Google dan itu sama sekali tidaklah benar. Walaupun bilangan pagerank yang tinggi namun jika tidak mengamalkan SEO blog anda sukar untuk mendapat tempat di Search engine.
Oleh sebab itu, betapa pentingnya SEO dalam kehidupan seorang blogger. Berbalik kepada tajuk artikel iaitu Teknik Asas SEO yang High Class. Jadi admin ingin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan SEO.
1. Penggunaan Keyword pada Tajuk Blog
Sebelum membuat blog pastikan anda sudah memikirkan keyword atau kata kunci yang sesuai dengan tema blog anda. Disyarankan, gunalah nama yang kurang persaingan di samping menarik minat orang untuk membaca blog anda. Pastikan nama yang anda pilih itu sama dengan niche blog. Contoh,judul blog : Masakan, niche-nya berkongsi tentang resepi masakan.
2. Pemasangan Keyword di Meta Tag
Selepas anda membuat blog dan memilih nama yang sesuai untuk blog, pastikan anda memasang Meta Tag seperti Meta Descrition dan Meta Keyword
Untuk Meta Keyword, letakkan kod berikut di bwah kod <head> pada template anda:
<meta content=keyword1, keyword2, keyword3, dllname=keywords/>
<meta content=Isikan Deskripsi Blog Anda name=description/>
3. Penggunaan Keyword Pada Entri
Penggunaan keyword pada entri merupakan teknik asas SEO yang patut kita praktiskan. Penggunaan keyword dalam entri memudahkan entri anda dindeks oleh Google. Sewajarnya gunalah keyword di awal entri (pendahuluan,mukadimah) supaya robot dapat crawl dengan mudah.
4. Penggunaan Template SEO Friendly
5. Elakkan Letak Terlalu Banyak Gambar Dan Script
Perkara ini amatlah ditikberatkan kerana banyak juga di antara kita suka menghias blog dengan meletak gadget yang tidak penting. Hal ini akan menyebabkan blog anda menjadi berat untuk loading. Malahan, pembaca tidak akan bertahan lama di blog anda. Berat yang paling optimum bagi sebuah blog adalah 100kb kebawah. Untuk ketahui lebih lanjut baca artikel ini Tips Untuk Buat Blog Loading Lebih Cepat.
Semoga dengan tips yang tidak seberapa ini dapat memanfaatkan kita untuk memperkukuh lagi penguasaan SEO. Sebenarnya banyak lagi yang ingin admin bincangkan pasal SEO ini. Tetapi cukuplah buat hari ini. Insya’ allah jika ada kelapangan masa admin akan berkongsi dan berbincang tentang SEO kepada anda.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar