Minggu, 09 Maret 2014
Wardina Bukan Lagi Hos Program Al Hidayah

Jika sebelum ini ketiadaan pelakon dan pengacara popular, Wardina Saffiyah dalam program Malaysia Hari Ini dikatakan disebabkan fahaman serta penglibatan politiknya yang tidak selari dengan stesen televisyen tersebut.
Kali ini, Wardina juga dikhabarkan tidak akan lagi mengacarakan program tv berbentuk keagamaan Al-Hidayah yang bersiaran pada setiap Jumaat, jam 1 tengahari.
Menerusi laman Facebooknya, Wardina menjelaskan ada pihak dalaman syarikat penyiaran tersebut yang melihatnya sebagai satu ancaman.
Wardina menulis, “Saya tidak lagi menjadi hos Al-Hidayah bermula musim baru. Ada yang mengatakan saya ini ‘risiko’.. entah saya pun tak faham.. tapi takpelah.. mungkin bagus juga kerana saya dah lama terfikir nak berhenti dari TV buat sementara waktu”.
Selain itu, Wardina juga enggan memperbaharui kontraknya bersama jenama tudung Ariani di atas sebab-sebab peribadi yang tidak dijelaskan.
Pengacara dan duta produk berusia 34 tahun itu baru-baru ini telah dilantik sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN).
MKPN diwujudkan oleh kerajaan selepas Panel Penasihat Perpaduan Negara yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan, baru-baru ini.
And just to share I am no longer hosting Al-Hidayah for TV3 effective this new season. According to some sources some people inside view me as a “risk” and threat. Saya tidak lagi menjadi host Al Hidayah bermula season baru. Ada yang mengatakan saya ini “risiko”.. (entah saya pun tak faham.. tapi tak pelah…mungkin bagus juga kerana saya dah lama terfikir nak berhenti dari TV buat sementara waktu)
Wallahualam. Am glad to be honest t be off TV. May Allah keep my intentions sincere and may this so called-fame that I sincerely am trying to run away from not delude me but InsyaAllah I pray to use whatever I can to benefit this dying society. But first I choose to focus on myself. I leave and put my trust completely in Allah. Thank you for all the memories, support and kind words. Also want to take the opportunity to thank Galeri Ariani for the wonderful years. But due to personal reasons am no longer renewing the contract next year. – Wardina Saffiyah Official FB
Wish me luck.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar