Rabu, 12 Februari 2014

Saingan EPL Bersambung Malam Ini



SELEPAS berehat dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa dan aksi Kelayakan Piala Dunia 2014, saingan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013/14 kembali bersambung, malam ini.

Tiga perlawanan terdahulu sebelum ini menyaksikan pasukan Liverpool gah berada di tangga teratas liga dengan 9 mata apabila muncul satu-satunya pasukan yang meraih tiga kemenangan maksimum.

Liverpool yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Stoke, Aston Villa dan Manchester United, kesemuanya menerusi jaringan Daniel Sturridge pasti memburu kemenangan keempat apabila dijadual bertandang ke Swansea, awal pagi Selasa ini.

Namun terlebih dahulu malam ini, pasukan di tangga kedua, Chelsea yang kini mengumpul 7 mata berpeluang memintas kedudukan Liverpool di tangga teratas itu buat seketika andai skuad kendalian Jose Mourinho itu berjaya menewaskan Everton di gelanggang lawan, jam 12.30 tengah malam ini.

Empat pasukan yang berkongsi tempat ketiga hingga keenam tinjauan 6 mata yang dikutip selepas tiga perlawanan – Manchester City, Arsenal, Stoke dan Tottenham juga turut berpeluang memintas seketika Liverpool jika mengtinjauankan kemenangan besar ke atas lawan masing-masing, jam 10 malam ini.

City dan Stoke bakal bertembung sesama sendiri sementara Arsenal berdepan Sunderland dan Tottenham pula menentang Norwich.

Sepak awal jam 7.45 malam ini pula bakal menyaksikan juara bertahan, Manchester United menanti kunjungan Crystal Palace di Old Trafford.

United di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes kini sekadar menghuni tangga ketujuh dengan 4 mata tinjauan sekali menang, sekali seri dan sekali tewas.

INFO JADUAL EPL:

Hari ini

Man United lwn Crystal Palace (7.45mlm)

Aston Villa lwn Newcastle (10mlm)

Fulham lwn West Brom (10mlm)

Hull City lwn Cardiff City (10mlm)

Stoke City lwn Man City (10mlm)

Sunderland lwn Arsenal (10mlm)

Tottenham lwn Norwich (10mlm)

Everton lwn Chelsea (12.30mlm)

Esok

Southampton lwn West Ham (11mlm)

Awal pagi Selasa

Swansea lwn Liverpool (3pg)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar